Pihak PERMATA mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baru KPLSPM & KPLI ke IPG-KTI.. Kedatangan anda semua amat dinanti-nantikan kami senior-senior di sini dalam meneruskan kesinambungan kegemilangan pelajar islam di kampus ini.. Diharapkan anda semua dapat memberi yang terbaik sepanjang menjalani program ini, tanamkan dalam diri bahawa anda mempunyai semangat yang tinggi dan ikhlas dalam usaha membentuk peribadi guru yang unggul.... Ingatlah bahawa tugas mendidik memerlukan satu pengorbanan yang besar dalam hidup kita, jujur dan amanah itulah pegangan kita semua..
Sahabat dakwah
Friday, July 9, 2010
Wednesday, May 12, 2010
Selamat berangkat Tuan Pengarah ke tanah suci Mekah
Tn Hj Mohd Said Bin Hasran |
Semoga tuan pengarah bersama keluarga dikurniakan kesihatan yang baik unutk melakukan amal ibadat di sana.. kami semua warga kampus berharap tuan pengarah sekeluarga selamat pergi dan kembali...InsyaAllah
jemaah khusyuk membaca tahlil |
Antara Jemaah yang hadir |
Jemaah menjamu selera |
Saturday, May 8, 2010
ESPRIT DE CORPS
Alhamdulillah,
Hari Sukan IPG Temenggong Ibrahim telah berlangsung dengan jayanya. Semua ini adalah berkat kerjasama warga institut yang memberi komitmen penuh. Ungkapan Perancis, ‘Esprit de corps’ iaitu semangat kerjasama yang dapat dipupuk melalui kegiatan sukan. sukan turut disarankan Islam.
Rasulullah s.a.w bersabda yang membawa maksud, "Ajarlah anak-anakmu berenang dan memanah; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda."
Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam al-Halal wal Haram fi Islam menyebut perkataan ini adalah perkataan Sayyidina ‘Omar r.a. Perkataan ini termasuk dalam galakan bersukan dan latihan jasmani.
Dalam kesibukan bersukan, solat harus kita pelihara agar kita senantiasa
dipelihara Allah, insya-Allah.
Friday, April 23, 2010
Zuriat Permata Hati
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” (ali-‘Imran: 38).
Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak. (Tafsir al-Samarqandi, tafsir ayat 38, surah ali-‘Imran). Anugerah kurniaan Allah pada zaman ini sering dizalimi oleh manusia yang bergelar pasangan yang belum mempunyai ikatan yang sah. Sayunya hati tatkala melihat insan kecil ini dibuang tanpa belas kasihan.
Wahai saudaraku, sesungguhnya insan yang baru bernafas ini perlu diberi haknya untuk hidup, dibelai dengan penuh kasih sayang, dididik dengan ilmu yang sempurna kerana merekalah bakal pemimpin. Merekalah zuriat yang sepatutnya menjadi permata hati ayah dan bonda.
Thursday, April 22, 2010
Ceramah Bulanan Permata
Thursday, April 8, 2010
Saturday, April 3, 2010
Friday, April 2, 2010
salam ukhuwah
Assalamualaikum w.b.t...untuk pengetahuan semua, ini adalah blog terbaru PERMATA yang telah menggantikan blog yang lama.. Diharapkan agar blog ini mendapat sambuatan yang menggalakkan dikalangan sahabat sekalian dalam usaha memartabatkan aktiviti dakwah di kalangan guru pelatih islam..
Segala cadangan untuk penambahbaikan saya alu-alukan dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga..
sekian untuk waktu ini,
syukran........
Subscribe to:
Posts (Atom)