Pages

Sahabat dakwah

Showing posts with label Nasihat Berguna. Show all posts
Showing posts with label Nasihat Berguna. Show all posts

Saturday, May 8, 2010

ESPRIT DE CORPS

Alhamdulillah,


   Hari Sukan IPG Temenggong Ibrahim telah berlangsung dengan jayanya. Semua ini adalah berkat kerjasama warga institut yang memberi komitmen penuh. Ungkapan Perancis, ‘Esprit de corps’ iaitu semangat kerjasama yang dapat dipupuk melalui kegiatan sukan. sukan turut disarankan Islam.

Photobucket

Rasulullah s.a.w bersabda yang membawa maksud, "Ajarlah anak-anakmu berenang dan memanah; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda."

   Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam al-Halal wal Haram fi Islam menyebut perkataan ini adalah perkataan Sayyidina ‘Omar r.a. Perkataan ini termasuk dalam galakan bersukan dan latihan jasmani.
   Dalam kesibukan bersukan, solat harus kita pelihara agar kita senantiasa
dipelihara Allah, insya-Allah.

Friday, April 23, 2010

Zuriat Permata Hati



“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” (ali-‘Imran: 38).

Photobucket           Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak. (Tafsir al-Samarqandi, tafsir ayat 38, surah ali-‘Imran). Anugerah kurniaan Allah pada zaman ini sering dizalimi oleh manusia yang bergelar pasangan yang belum mempunyai ikatan yang sah. Sayunya hati tatkala melihat insan kecil ini dibuang tanpa belas kasihan.

   Wahai saudaraku, sesungguhnya insan yang baru bernafas ini perlu diberi haknya untuk hidup, dibelai dengan penuh kasih sayang, dididik dengan ilmu yang sempurna kerana merekalah bakal pemimpin. Merekalah zuriat yang sepatutnya menjadi permata hati ayah dan bonda.




Friday, April 2, 2010

salam ukhuwah

  Assalamualaikum w.b.t...untuk pengetahuan semua, ini adalah blog terbaru PERMATA yang telah menggantikan blog yang lama.. Diharapkan agar blog ini mendapat sambuatan yang menggalakkan dikalangan sahabat sekalian dalam usaha memartabatkan aktiviti dakwah di kalangan guru pelatih islam..
     Segala cadangan untuk penambahbaikan saya alu-alukan dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga..

sekian untuk waktu ini,
syukran........ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...