Pages

Sahabat dakwah

Saturday, August 6, 2011

Marhaban Ya Ramadhan


   Assalamualaikum w.b.t buat pembaca yang setia bersama PERMATA. Seperti yang anda tahu, bulan sya'ban telah berakhir dan Ramadhan pula menjelma. Mungkin ramai yang menganggap bahawa bulan Ramadhan hanyalah bulan untuk  melakukan ibadah puasa sahaja,
namun tahukah anda bahawa banyak pahala yang boleh kita perolehi daripada bulan yang mulia ini?
             
Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan Al-Qur’an. Rasulullah saw. pernah bersabda mengenainya ;

“Puasa dan Al-Qur’an itu akan memberikan syafaat kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalangi-nya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa‘at untuknya.’ Sedangkan Al-Qur’an akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dari tidur di malam hari, maka perkenankan aku memberikan syafaat untuknya. ‘Maka Allah memperkenankan keduanya memberikan syafaat. ”
(HR. Imam Ahmad dan Ath Thabrani)

   Diantara keistimewaan-keistimewaan lain yang dapat kita peroleh pada bulan Ramadhan adalah Allah akan mengampuni dosa-dosa yang terdahulu bagi orang-orang yang melakukan puasa  semata-mata kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, terbukanya pintu-pintu syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka, ibadah wajib yang dilakukan pada bulan Ramadhan akan dilipatgandakan nilai pahalanya dan bila melakukan ibadah sunnah pahalanya sama dengan ibadah wajib.

   Sama-samalah kita memohon keampunan kepada Allah S.W.T di atas apa yang telah kita lakukan selama ini.. Jangan lupa juga untuk bermaafan sesama kita... Anggap lah ramadhan kali ini adalah yang terakhir, maka kejarlah rahmat yang terkandung di dalamnya..
 

Photobucket
Penuhi lah Ramadhan dengan pengisian yang bermanfaat....

Tuesday, July 5, 2011

Jom Imarahkan bulan Syaaban!!


Bulan Syaaban telah memasuki hari ke-4. Apakah kita menyedarinya atau sengaja tidak menyedarinya??. Bulan Syaaban merupakan bulan yang penuh keberkatan dan banyak amal ibadat yang boleh kita lakukan serta banyak kelebihan-kelebihan yang Allah telah sediakan untuk hambanya pada bulan Syaaban ini. Antara kelebihan-kelebihan bulan syaaban ialah (Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi) :

1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)

2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)

3. Barang siapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).

4. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

5. 6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).


Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;

1) Orang yang kekal minum arak

2) Orang yang durhaka kepada ibubapa

3) Orang yang kekal dalam zina

4) Orang yang banyak berkelahi

5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta

6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).


Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban

Keistimewaan bulan ini bahawa amalan seluruh manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Maka antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:

1. Memperbanyak puasa sunat.

Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

2. Bertaubat dan beristiqhfar

Taubat ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam agama supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum ini melakukan taubat pada setiap masa dan ketika. Tegasnya hukum taubat itu adalah wajib dari segi syara‘. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah yang dikatakan taubat nasuha.

Taubat nasuha tidak akan tercapai tanpa mendatangkan terlebih dahulu syarat-syarat yang ditentukan. Umpamanya jika dosa itu antara hamba dengan Tuhan:

1. Hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu.

2. Hendaklah dia benar-benar menyesali dan merasa dukacita atas

perbuatan maksiatnya itu.

3. Memperbanyak zikir dan berdoa


AMALAN PADA MALAM NISFU SYABAAN:

1. Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN. Dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.

2. Pada malam Nisfu Sya'aban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita. (Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.

3. Membaca Al-Qur'an.

4. Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu)

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah

yang Maha Agung.




Wednesday, May 4, 2011

Ziarah Mahabah daripada IPG kampus Bahasa Melayu

Pada 11 Februari yang lalu, pihak PERMATA telah menerima ziarah daripada wakil-wakil pelajar dari IPG kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Kedatangan mereka pada jam 3.30 petang disambut oleh penasihat PERMATA, iaitu Ustaz Haji Ahmad Puad Bin Abdul Rahman dan pengerusi PERMATA, saudara Ishak. Selepas solat zohor, mereka dibawa ke Dewan Seri Temenggong untuk sesi bertukar tukar pendapat. Antara topik yang dibincangkan ialah bagaimana dakwah dilakukan oleh pihak PERMATA di kampus ini dan juga usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak PERMATA untuk menyuburkan suasana islamik di dalam kampus. Selepas tamat sisi bertukar-tukar pendapat, tetamu dari IPG BM disajikan dengan sedikit sajian yang disediakan oleh tuan rumah. Sebelum mereka pulang, pihak IPGBM dan PERMATA bergambar bersama-sama sebagai kenang-kenangan.


Ustaz ahmad Puad dan saudara Ishak menyambut kedatangan rombongan.

Saudara Ishak memberikan ucapan alu-aluan.
Antara peserta rombongan muslimat yang hadir.

Bergambar bersama sebagai kenang-kenangan.


Friday, July 9, 2010

Ahlan wasahlan kepada semua pelajar baru jun 2010


Photobucket
    Pihak PERMATA mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baru KPLSPM & KPLI ke IPG-KTI.. Kedatangan anda semua amat dinanti-nantikan kami senior-senior di sini dalam meneruskan kesinambungan kegemilangan pelajar islam di kampus ini.. Diharapkan anda semua dapat memberi yang terbaik sepanjang menjalani program ini, tanamkan dalam diri bahawa anda mempunyai semangat yang tinggi dan ikhlas dalam usaha membentuk peribadi guru yang unggul.... Ingatlah bahawa tugas mendidik memerlukan satu pengorbanan yang besar dalam hidup kita, jujur dan amanah itulah pegangan kita semua.. 

Photobucketsekian~

Wednesday, May 12, 2010

Selamat berangkat Tuan Pengarah ke tanah suci Mekah

Photobucket
Tn Hj Mohd Said Bin Hasran
   Pada hari isnin 10 Mei 2010, satu majlis tahlil dan doa selamat diadakan di Surau Al-Jawahir sempena keberangkatan Tuan Pengarah IPG-KTI ke Makkatul Mukarramah.. majlis tahlil ini diketuai oleh Ustaz Ahmad Puaad B. Abd Rahman dan dihadiri semua pelajar asrama...

   Semoga tuan pengarah bersama keluarga dikurniakan kesihatan yang baik unutk melakukan amal ibadat di sana.. kami semua warga kampus berharap tuan pengarah sekeluarga selamat pergi dan kembali...InsyaAllah

Photobucket
jemaah khusyuk membaca tahlil
Photobucket
Antara Jemaah yang hadir
Photobucket
Jemaah menjamu selera

Saturday, May 8, 2010

ESPRIT DE CORPS

Alhamdulillah,


   Hari Sukan IPG Temenggong Ibrahim telah berlangsung dengan jayanya. Semua ini adalah berkat kerjasama warga institut yang memberi komitmen penuh. Ungkapan Perancis, ‘Esprit de corps’ iaitu semangat kerjasama yang dapat dipupuk melalui kegiatan sukan. sukan turut disarankan Islam.

Photobucket

Rasulullah s.a.w bersabda yang membawa maksud, "Ajarlah anak-anakmu berenang dan memanah; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda."

   Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam al-Halal wal Haram fi Islam menyebut perkataan ini adalah perkataan Sayyidina ‘Omar r.a. Perkataan ini termasuk dalam galakan bersukan dan latihan jasmani.
   Dalam kesibukan bersukan, solat harus kita pelihara agar kita senantiasa
dipelihara Allah, insya-Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...