“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” (ali-‘Imran: 38).

Wahai saudaraku, sesungguhnya insan yang baru bernafas ini perlu diberi haknya untuk hidup, dibelai dengan penuh kasih sayang, dididik dengan ilmu yang sempurna kerana merekalah bakal pemimpin. Merekalah zuriat yang sepatutnya menjadi permata hati ayah dan bonda.