Sahabat dakwah
Tuesday, February 8, 2011
Friday, July 9, 2010
Ahlan wasahlan kepada semua pelajar baru jun 2010

Pihak PERMATA mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baru KPLSPM & KPLI ke IPG-KTI.. Kedatangan anda semua amat dinanti-nantikan kami senior-senior di sini dalam meneruskan kesinambungan kegemilangan pelajar islam di kampus ini.. Diharapkan anda semua dapat memberi yang terbaik sepanjang menjalani program ini, tanamkan dalam diri bahawa anda mempunyai semangat yang tinggi dan ikhlas dalam usaha membentuk peribadi guru yang unggul.... Ingatlah bahawa tugas mendidik memerlukan satu pengorbanan yang besar dalam hidup kita, jujur dan amanah itulah pegangan kita semua..
Wednesday, May 12, 2010
Selamat berangkat Tuan Pengarah ke tanah suci Mekah
![]() |
| Tn Hj Mohd Said Bin Hasran |
Semoga tuan pengarah bersama keluarga dikurniakan kesihatan yang baik unutk melakukan amal ibadat di sana.. kami semua warga kampus berharap tuan pengarah sekeluarga selamat pergi dan kembali...InsyaAllah
![]() |
| jemaah khusyuk membaca tahlil |
![]() |
| Antara Jemaah yang hadir |
![]() |
| Jemaah menjamu selera |
Saturday, May 8, 2010
ESPRIT DE CORPS
Alhamdulillah,
Hari Sukan IPG Temenggong Ibrahim telah berlangsung dengan jayanya. Semua ini adalah berkat kerjasama warga institut yang memberi komitmen penuh. Ungkapan Perancis, ‘Esprit de corps’ iaitu semangat kerjasama yang dapat dipupuk melalui kegiatan sukan. sukan turut disarankan Islam.
Rasulullah s.a.w bersabda yang membawa maksud, "Ajarlah anak-anakmu berenang dan memanah; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda."
Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam al-Halal wal Haram fi Islam menyebut perkataan ini adalah perkataan Sayyidina ‘Omar r.a. Perkataan ini termasuk dalam galakan bersukan dan latihan jasmani.
Dalam kesibukan bersukan, solat harus kita pelihara agar kita senantiasa
dipelihara Allah, insya-Allah.
Friday, April 23, 2010
Zuriat Permata Hati
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” (ali-‘Imran: 38).
Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak. (Tafsir al-Samarqandi, tafsir ayat 38, surah ali-‘Imran). Anugerah kurniaan Allah pada zaman ini sering dizalimi oleh manusia yang bergelar pasangan yang belum mempunyai ikatan yang sah. Sayunya hati tatkala melihat insan kecil ini dibuang tanpa belas kasihan. Wahai saudaraku, sesungguhnya insan yang baru bernafas ini perlu diberi haknya untuk hidup, dibelai dengan penuh kasih sayang, dididik dengan ilmu yang sempurna kerana merekalah bakal pemimpin. Merekalah zuriat yang sepatutnya menjadi permata hati ayah dan bonda.
Thursday, April 22, 2010
Ceramah Bulanan Permata
Thursday, April 8, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)












